Kehidupan awal Dayang_Nurfaizah

Dayang Nurfaizah dilahirkan di Kuching, Sarawak. Bakat besar yang dimiliki penyanyi kelahiran Sarawak ini sudah pun dikesan sejak kecil lagi bila mana beliau telah berjinak-jinak dalam bidang nyanyian sejak dari sekolah rendah. Di zaman persekolahannya, Dayang sememangnya terkenal sebagai penyanyi undangan pada setiap majlis sekolah diadakan sehingga namanya begitu terkenal. Dengan kebolehan luar biasa menyanyikan lagu-lagu asli Melayu serta lagu bergenre R&B, Dayang mula mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan nyanyian di negerinya sendiri antaranya memenangi Bintang Asli Remaja 1996 dan ke peringkat akhir dalam pertandingan Bintang Remaja Sarawak 1996 dan akhirnya muncul juara dalam edisi 1997. Bertitik tolak daripada itu, beliau memberanikan diri untuk keluar dari Kuching dan menyertai pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia iaitu Golden Teen Search 1997 di Kuala Lumpur. Pertandingan bakat nyanyian lagu-lagu Bahasa Inggeris ini ternyata mengakui kehebatan Dayang hingga meraih gelaran juara ketika beliau baru berusia 17 tahun.

Rujukan

WikiPedia: Dayang_Nurfaizah http://www.kualalumpur2017.com.my/about-songs.csht... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://ecentral.my/news/story.asp?file=/2005/7/12/... https://www.facebook.com/DayangNurfaizah https://www.instagram.com/DayangNufaizah/ https://www.malaysiakini.com/hiburan/370166 https://twitter.com/DayangNurfaizah https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/... https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/07...